DariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..
Ya Allah..dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..
salahkah aku meminta manja seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..
aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
aku juga bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar yang terlalu terang menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..
kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,mekar harum penuh madunya..
atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
No comments:
Post a Comment