Our Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 9, 2009

CREAM PUFF

KRIM PUFFBahan-bahannya:70 gm marjerin
140 gm tepung gandum
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan marjerin.2. Apabila marjerin cair, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.3. Kacau lagi adunan tadi sehingga menjadi seketul doh. Sejukkan.4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan esen vanilla dan telur. Pukul menggunakan mixer sehingga kembang.5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping beg dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah C selama 15~20 minit.7. Setelah sejuk, paipkan inti kastad melalui bahagian bawah ke dalam.8. Hiaskan dengan coklat strawbery.INTI KASTAD ORENBahan-bahannya:3 sudu besar jus oren sunquick150 ml fresh milk3 sudu besar gula1 sudu teh parutan kulit limau1 sudu besar marjerin2 sudu besar tepung kastadCara-caranya:-

1. Campurkan tepung kastad dengan susu sehingga sebati.
2.Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masukkan campuran tadi atas api yang kecil. Masak hingga pekat. Alihkan dari api dan bolehlah dipaipkan ke dalam puff.

No comments:

Post a Comment