Our Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 28, 2009

Iyazi...........My Baby ( 5 months old), 71/2 years ago....now she already a big girl


PUDING ROTI....MAMA

Puding Roti.
Bahan:A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

CARA:1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam2.
Kacau dan gaul rata bahan B.3.
Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.NOTA:Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat

Wednesday, July 22, 2009

Ex-PUO (1984~1986)

Assalamualaikum,

Sesiapa yang ex-PUO Course Business Study, 1984~1986...ataupun ex-SMT Ipoh, 1982~1983... Silalah hubungi saya...Mungkin anda semua sibuk dengan profesion masing-masing tetapi mungkin dapat menyambung kembali persahabatan yang terputus....My housemates at Taman Cempaka... Nor Anita Ismail, Zarida Md Isa ( Cikgu Ida ), Haslina Jaafar (Cleo) & Marina Ahmad..Kalau terbaca blog ni...try to contact me

azizah@watta.com.my

Friday, July 17, 2009

8P - TIP KEBAHGIAAN SUAMI ISTERI

8P Tip kebahagian rumahtangga
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Wednesday, July 15, 2009

BAHAN LAKSA JOHOR

Bahan-Bahan
· - 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
Bahan A - (direbus dan dikisar - asingkan)
· - 1 kg Ikan kembung + ikan parang
· - 100 gram udang segar
· - 20 gram isi ikan kurau - dibakar
· - 50 gram udang kering
Bahan B (dimesin)
· - 3 biji bawang besar
· - 15 tangkai cili kering
· - 5 cm halia
· - 5 cm lengkuas
· - 2 batang serai
· - 3 asam keping
· - 300 ml santan
· - 1 biji kelapa parut (dijadikan kerisik)
· - 1 paket kecil rempah kari
· - 3 atau 4 ulas bawang putih
Bahan Ulam
· - limau kasturi belah 2 dan buang biji
· - timun diracik halus
· - taugeh dibuang ekor (segar)
· - jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
· - bawang besar hiris halus
· - lada merah/lada hijau dihiris
· - kicap manis
Sambal belacan
· - 5 biji lada merah
· - 30 gram belacan bakar
· - 1 biji bawang merah
· - garam
Cara-cara
Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar (diasingkan tulang) dan kisar hingga halus bersama air rebusannya.Penyediaan Kuah- Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi - Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit - masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar. - masukkan 2 mangkuk air. - masukkan asam keping - tambah garam dan gula secukup rasa - masak sehingga pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 hingga 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan lama walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.Sambal Belacan- mesinkan semua bahan dan hidangkan

RESIPI CREAM PUFF

PUFF

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur
Cara-cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat
Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


RESIPI CUSTARD
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
Cara-cara
Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

My Family....Iyazi not exist yet


Tuesday, July 14, 2009

Resipi Pulut Sri Muka.....Boleh cuba nanti bila Ramadhan

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!