Our Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2009

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit)
Bahan diblend bersama:-
12 tangkai cili kering (dididih bersama air)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
---------------------------
2 biji bawang besar (potong bulat)
bahan tumis 4 sekawan
4 sb puri tomato
100ml susu cair
garam dan aji
minyak masak
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan.
Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan.
Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar.
Tambah susu cair, perasakan dgn garam dan aji.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api.
Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment