Our Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Apam Ice Cream


APAM AIS CREAM
Bahan-bahan ( satu adunan utk 5 org makan )
• 1 cawan air Ice Cream Soda (yg dlm tin biru tu)
• 3 cawan Tepung Gandum
• 1 sudu makan Esen Vanilla
• 1 1/2 gelas Gula Icing
• 1 sudu makan Ovallette
• 3 biji Telur
Cara-cara
1. Pukul telur dengan gula icing, ovallette & esen vanilla sampai puteh. (mengambil masa yg lama utk pukul, kalau tidak apam tidak akan senyum) hehehe
2. Lepas itu, baru masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dgn air ice cream soda tadi. Pukul Lagi.
3. Kaup kan adunan asal ke dalam mangkuk kertas, dan sebahagian lagi adunan bewarna. Setelah itu masukkan kedalam acuan apam senyum. (saya gunakan yg aluminium, plastik pun bole)

Resepi Lagi - 1


TIRAMISU KEK

BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)



CARA-CARANYA:


1) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
2) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream sampai kembang.
3) Sponge cake tadi bolehlah dibelah dua sama tebal.
4) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi.. ( separuh cawan)
5) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.
6) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.
7) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.
8) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.
9) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!

Resepi Lagi


Fettucine Alferado


12 oz. Fettuccine
1/2 c. butter-saya guna olive oil
1/2 c. mushrooms
1 c. milk
1 egg yolk, beaten
1 can cream of chicken soup
1/2 c. grated Parmesan cheese
Salt and pepper

Bring 4 quarts of water to a boil. Add 1 tablespoon salt, cook fettuccine for 10 to 12 minutes - stirring to separate pasta. Drain (DO NOT RINSE). Set aside over medium heat.
In a large saucepan, melt butter. Saute mushrooms in butter. Add milk gradually. Reduce heat, gradually stir in egg yolk, cheese and chicken soup. In a large dish, (9 x 13) pour pasta and sauce mixture. Season to taste with salt,

Tuesday, May 31, 2011

Friday, April 15, 2011

Thursday, April 14, 2011

Muffin Pisang


Bahan-bahan ( 12 regular sized muffins )
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula caster
1/3 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
1 biji telur
3 biji pisang, dilenyek
Cara-cara 1.A - Masukkun tepung di dalam mangkuk yang besar. 2.B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati. 3.Masukkan B kedalam A dan dengan menggunakan garfu, kacau menggunakan "fold in" method - Mixture should still be lumpy. 4.Sudukan adunan ke dalam tin muffin dan bakar selama 25 - 30 mins didalam ketuhar yang panasnya 170C.

Sunday, April 10, 2011

Tiada lagi kesedihan...bahagia kini





Kesedihan yang dialami pada 05/04/2011 sempena hari ulangtahun kelahiran suami tersayang selama 24 jam telah hilang dari diriku...Semuanya berpunca dari salah faham...aku cuba buat apa yang aku rasa lebih fun...tapi hubby rasa macam aku tak pedulikan hari ulangtahunnya...akhirnya semuanya settle....ambil yg positif sahaja...

Tapi esoknya aku terkejut dgn kehadiran a bouquet of roses pink & red (12pcs)dari orang yang tersayang...tertera I'm sorry from the bottom of my heart...tak sangka hubby ku masih romantik...

Ya Allah...berilah aku kekuatan dalam menjaga anak-anak & suamiku...kebahagiaan mereka adalah kebahagian ku...Aku bersyukur kerana kau telah memberikan kebahagian yg tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata...Alhamdulillah,,,

Monday, April 4, 2011

sedih...sayu....

Entahlah kenapa hari ni terasa sayu, sedih dan airmata mengalir tanpa dapat ditahan lagi...aku cuba untuk hilangkan perasaan ini tak kenapa semakin ku cuba semakin pedih rasanya...Mungkin juga simptom PMS...please go away....rasa sedih dan sayu....aku nak happy....

Thursday, February 24, 2011

Wednesday, February 16, 2011

BREAD BUTTER PUDING



Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih atau wholemeal
4 cawan fresh milk
3sdb butter @ magerin
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit cinnamon Powder
Sedikit Kismis

Cara2
Blend fresh milk,gula & telur , siat2 kasar roti dan masukkan kedalam mangkuk. Tuangkan bahan2 yg dikisar td dan ramas2 dgn roti. Masukkan buter, kismis dan cinnamon powder.
Lenserkan loyang dgn butter dan tuangkan adunan td. Bakar pada suhu 180'c selama 40mint
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong......


Diambil dari blog My NurKasih

Monday, January 31, 2011

LAKSAM



Resepi LAKSAM

Bahan-bahan:
Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil

Penyediaan laksam:
Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati.
Ketepikan dan perap sema ½ jam.
Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan.
Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak.
Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sehingga naik bau.
Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan.
Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.
Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.
Rasa garam dan gula, tambah jika perlu.
Tutup api.
Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

Friday, January 28, 2011

Melancong ke Bandung 15~18 Jan 2011


Dah lama sebenarnya nak cerita tentang percutian ku dengan hubby ke Bandung, tapi tak ada masa plak...maklumlah cuti lama ...balik dari bercuti kerja melambak-lambak...rushing nak close Dec 2010 accounts...
Hari ni Sabtu, so ada lah masa sikit...

Sebenarnya plan nak pergi Bandung pada 21 Nov 2010 dulu tetapi masa tu Gunung Merapi meletus dan juga ada Outdoor training di Freaser Hill so postponed to 15 Jan 2011...Aku dan hubby sahaja yg ke Bandung..buat nak survey dulu...InsyaAllah nanti kalau ada rezeki lebih barulah bawa anak2...
Kami pergi dengan pesawat KLM dari KLIA ke Jakarta, naik pesawat besar Boeing 777, dan makanan dalm pesawat sedap sangat, ...sampai Jakarta masa tu dah pukul 6.10ptg tapi kat sana dah gelap dah...kami bertolak dgn MPV ke Bandung dgn cost Rp150K seorang...terus di hantar ke hotel Orange Home lebih kurang hampir 11pm masa Indonesia...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui highway..Mula2 ingatkan satu malam shj nak tinggal kat Orange Hame sbb hotel ni kecik shj kat kawasan perumahan tapi disebabkan kebersihan nya yang bagi aku excellent so tidur ni 3 mlm lah.

Esoknya selepas breakfast terus ke Tengkuban Perahu...kami ambil taxi dan supirnya sekali dgn bayara Rp300k untuk sehari...supirnya bagus sekali...So amazing sceneries at tengkuban Perahu...mungkin kali pertama tengok kawah gunung berapi rasa enjoyed sangat walaupun masa tu hujan rintik2 dan angin terlalu kuat sangat...rasanya macam aku akan terjatuh ditiup angin....masa tu aku tak bawa jacket...sejuknya...tapi tahankan saje...perjalanan balik dari Tengkuban Perahu singgah di Strawberry Park...kelainan Strawberry Park ni dgn Cameron Highland, strawberry yang ditanam di sini tanpa pelindung matahari mungkin dekat sini lebih sejuk kut...Tengahari makan di restoran Sunda, makan ikan gerume bakar...sedap...lepas tu dah start shopping ke FO Jalan Dago, Jalan Riau dan esoknya ke Pasar Baru bermacam benda dibeli dari telekung, kain sulam, kain ela , blaus dan juga makanan ringan.

Kat sini ada gambar2,,,sikit shj...tak cukup masa nak upload byk2


Depan gerai menjual bonsai di Tengkuban Perahu,,rasanya nak beli sbb harganya hanya Rp100k , tapi rasanya tapi boleh bawa keluar..
Di Tengkuban Perahu...kat bawa tu gerai2 menjual souvenier...mcm pun ada...



Depan papan tanda Tengkuban Perahu




Kawah Gunung berapi yang dah tak aktif....bau sulfur masih kuat lagi...




Kayu batik...bila dibuang kulit pokok ni terserlah corak batik,,,,cantik tapi terlupa nak beli...sbb penjual2 souvinier kat situ asyik ikut shj...










Structure tempat ni semuanya digunakan buloh....cantik...susah nak ada kat ni...ini kat Strawberry Park






Strawberry segar dan saiz agak besar...





Depan Heritage FO jalan Riau....



Depan pintu masuk Cascade....



Shopping T-shirt Bandung di Pasar Baru Trade Centre...